Monday, 2 February 2015

Tempat Makan Best di Mantin, Negeri Sembilan

"Mantin? Kat mana tu?" Ha.. tu ada la tu yang tengah tertanya-tanya tu. Nyampah I tau. Nampak sangat tempat I ni kat ceruk. Huk huk..


Kalau nak tau pasal Mantin, pergi tanya encik Google. Malas nak cerita, kecik hati kita ni. Tapi untuk pengetahuan korang, dulu pun tertanya-tanya gak kat mana Mantin ni bila first time dengar, hehe. Setakat ni dah bertahan selama 6 tahun dan dah berkeluarga dah pun. Hidup Mantin!! Ehh??


Sebab Mantin ni adalah sebuah pekan kecil je, memang tak banyak sangat benda yang boleh dibuat pun. Tapi selama bermastautin disini, ada la tempat-tempat yang menjadi pilihan. Salah satunya tempat makan. So, nak kongsikan la sikit tempat-tempat makan pilihan aku kat sini. Manalah tau ada yang tersesat kat sini, tengah lapar lak tu tapi tak tau nak pergi mana. Kan?

1) Mantin Popular
Ni kedai yang feymes dengan Nasi Ayam dan Nasi Lemak. Bukak hampir setiap hari dari pagi sampai ke malam. Kedudukannya berhadapan dengan bank BSN Mantin. Tapi kat mana BSN Mantin? Ala, jalan besar kat Mantin ni ada satu je pun. Mesti jumpa punyalah.

2) Kedai Makan Haji Nor
Kedai ni pulak feymes dengan Nasi Campur Ala Kampung dan lauk paling hot, Ayam Goreng Salut Sambal dan kentang sambal. Kedudukannya di hadapan Petronas Mantin. Bukak setiap hari dari pagi sampai petang kecuali hari Ahad kalau tak silap. Tapi cepat sangat semua lauknya habis menjelang tengahari. Nasib-nasib lah kalau lewat, dapat balance-balance je.

3) Kedai Makan Alang
Kedudukan kedai ni berdekatan dengan gerbang jalan masuk ke Mantin. Jika anda datang dari arah Seremban, kedai makan ini di sebelah kiri anda, berdekatan dengan workshop-workshop, nursery, kedai dobi dan rumah-rumah. Kedai ni pun memang di hadapan rumah tuannya. Lauk feymes ialah Ayam Goreng Pandan dan sambal gesek yang super hot.

4) Kedai Sarapan Pagi Akak
Tak tau nama kedai sebenarnya ni..Tapi kedudukannya di hadapan Masjid Mantin. Simpang masuknya di depan Pejabat Pos. Ada banyak kedai-kedai makan kecik kat situ, kedai akak ni yang kedua last dan dekat sangat dengan masjid. Ada pelbagai jenis sarapan yang menjadi pilihan aku. Antaranya nasi goreng, roti jala, mee kari, bihun sup, lontong dan nasi lemak. Feveret aku adalah lontong dan mee kari, sedap dan murah. Karipap sardinnya pun best jugak.

5) Apam Balik Mantin
Ini bukan kedai besar, just jual kejap-kejap je tepi jalan besar Mantin ni. Memang sangat best pada aku sebab intinya banyak dan manisnye sedang-sedang je. Takde bau ubat. Pakcik ni jual kat depan Am Bank Mantin, bawah payung. Boleh stop je depan kedai kejap untuk beli sebab memang dah siap-siap dia bungkus, panas lagi. Ada dalam pukul 10 pagi - 2 petang je.

6) JZ Cendol
Siapa yang suka minum cendol tak kira masa, ini pilihannya. Pelbagai perisa cendol disediakan dan makanan panas pun ada. Setakat ni semua yang aku pernah makan memang sedap. Antaranya nasi goreng daging, mee rebus, mee bandung muar, laksa, rojak dan banyak lagi. Tapi agak pedas tau makanan kat sini. Buka dari pukul 9 pagi hingga 7 malam. Di sebelah malam, ada yang jual sate.

7) Warung Kita @ Warung Pokok Manggis
Ini feveret ramai juga. Kedai makan masakan panas. Buka dari pagi untuk sarapan hingga tengahari. Yang selalu menjadi pilihan adalah nasi goreng dan mee goreng. Char kor teow pun sedap. Selain masakan goreng, ada juga nasi lemak dan kuih-muih. Lokasi berhadapan simpang masuk Kg Gebok, berdekatan Masjid Kg. Gebok (jalan besar Mantin-Nilai). Kini telah berpindah ke pekan Pajam, bersebelahan Dewan Orang Ramai Pajam.

8) Nasi Ayam Kampong Salai @ Batang Benar
Untuk yang gemar makanan salai, memang kena singgah sini. Ada ayam kampung, itik, ikan keli dan daging salai. Boleh makan dengan nasi ayam atau nasi putih. Minum pula air tebu, memang nyaman. Lokasinya di simpang lampu isyarat Masjid Batang Benar, berdekatan exit Pajam highway LEKAS.