Thursday 23 May 2013

DIY: Rak Buku Ke Almari Baju

Macam tajuk di atas, aku tengah nak ber DIY. Nak transfer rak buku cikai beli time bujang-bujang dulu ke almari baju. Elok lagi rak tu kukuh dan sihat. Sayang betul nak buang. Actually husband suh buang je ari tu sebab tak kena ngan hiasan rumah yang lain. No.. no.. no..


Aku rasa korang pun mesti pernah ada rak macam ni kan? Inilah rak buku paling ngam ngan student time study dulu. Murah lah jugak. So tadi aku ajak husband gi beli cat kayu warna putih 1 liter. Harga RM28, balance boleh guna untuk cat pasu dan projek DIY yang lain.

Takde major changes pun nak buat, just nak cat warna putih je supaya leh masuk ngan perabot putih kat dalam bilik. Ada plan nak buat pintu engsel. Tapi kalo nak save budget, maybe buat langsir je kasi tutup depan rak ni. Nanti kalau dah jadik, aku post gambar. Wish me luck. Ngehehe.

Wednesday 22 May 2013

Tips Bercuti Dengan Penerbangan

Ada yang tengah mood nak bercuti ke? Kalau boleh hari-hari nak gi bercuti, ye tak? Tak ingat poket dah kopak. Hehe.

 
So baru-baru ni ada kes pasal satu keluarga yang bercuti ke Vietnam tapi menghadapi masalah untuk pulang kembali ke Malaysia. Kecoh juga masing-masing nak share di Facebook. Bantu apa yang termampu. Tapi kat sini takde la nak citer lanjut pasal hal tu atau judge siapa yang silap, siapa yang betul. Cuma tetiba teringat beberapa tips yang aku ingin kongsikan bersama.

1. Perbelanjaan percutian
Jadi untuk yang nak pergi bercuti ke luar negara, anda mestilah membuat perkiraan budget yang mencukupi. Sediakan juga duit untuk kecemasan sebab perlu kita ingat, kita jauh di tempat orang. Tak semua yang dirancang akan menjadi. Walaupun di akhir percutian, jangan sesekali menghabiskan semua perbelanjaan anda. Takut pula kalau terjadi seperti keluarga di atas. Malang tak berbau.

2. Sediakan beg tambahan
Setiap penumpang boleh bawa hand carry yang kita angkat naik macam dalam bas tu. It's free. Aku bagi contoh satu penerbangan tambang murah, seorang penumpang boleh bawa hand carry tak lebih dari 7kg. Kalau ada beg lebih, perlu bayar untuk checkin beg. Lebih murah kalau kita booking muatan terlebih dahulu. Tapi sekali lagi diingatkan, tak semua yang dirancang akan menjadi. Bila nak checkin, muatan kadang-kadang terlebih. Kat sini lah beg tambahan diperlukan, sebelum checkin beg, timbang dahulu beg anda dan mulakan pembahagian di antara ahli-ahli yang lain kalau terlebih berat. Atau bawa sebagai hand carry. Kalau taknak pun takpe, bayar je duit tambahan. Kalau aku, liat nak tambah, mahal. (pernah terjadi hand carry aku dan mak lebih dari 7kg seorang, dalam 10kg rasanya. tapi buatlah muka yakin macam beg tu ringan, so terlepas lah dari random timbang hand carry. hehu, nasib... sila jgn tiru aksi ini)

3. Checkin awal
First thing bila sampai ke terminal, sila la checkin dulu. Selalunya pihak penerbangan ada menyediakan checkin secara online. Kalau ada, anda boleh siap-siap checkin secara online before datang ke terminal. Lebih bagus. Ataupun datang awal ke terminal untuk checkin, seeloknya 2 jam sebelum. Bila dah checkin ni at least nama kita dah ada dalam list untuk penerbangan, insyaAllah mereka tak tinggalkan anda. Tapi kena juga perhatikan bagaimana procedure untuk masuk gate sesetengah terminal. Ada yang perlu menaiki train untuk ke pintu gate, atau jauh. Semua tu anda perlu ambil tahu sebelum decide nak kemana-mana selepas checkin. Sentiasa check jam anda. Kang naik blood pressure lak.


4. Cecair atau makanan
Ada sesetengah negara tak benarkan bawa makanan atau cecair dalam hand carry. Jadi anda perlu lah check terlebih dahulu tempat yang anda ingin pergi tersebut membenarkan atau pun tidak. Jangan pula tetiba kena kejar dengan anjing pengesan nanti, haru je.

5. Asingkan beg untuk bekalan makanan
Kalau dah tekak Malaysia ni, tak sah kalau tak pekena nasi, sambal dan macam-macam makanan sinonim Malaysia. Kalau takut takde selera di perantauan, boleh la bawak bekalan makanan yang dibungkus rapi dan diseal. Pastikan setiap makanan tersebut ada tertulis ingredientsnya. Aku sarankan asingkan beg untuk makanan sebab ada sesetengah negara perlu membuka beg anda yang mengandungi makanan di tempat scanning. Kalau semua beg pun ada makanan, jenuhlah nak kena susun balik.

6. Hilangkan tekanan udara
Time flight tengah naik atau turun, biasanya telinga kita akan rasa berdengung dan sakit sebab tekanan udara. Untuk hilangkan ada beberapa cara, boleh hisap/kunyah gula-gula atau asam sebelum flight naik atau turun. Atau juga try hembus hidung sambil tutup mulut dan hidung. Bila dah dengar bunyi 'pop' beberapa kali, lega sikit.


7. Tandakan beg
Senang jika anda menandakan beg anda supaya senang dikenali ketika nak ambil di terminal selepas landing. Sebabnya, kadang-kadang beg anda ada terjumpa dengan kembarnya. Boleh gunakan sticker, tali, riben dan sebagainya. Ikutlah kekreatifan atau kesenangan masing-masing.

8. Tukar matawang di luar terminal
Untuk menjimatkan duit anda, elakkan untuk menukar matawang di terminal kerana ratenya lebih mahal. Lebih baik menukar di kawasan tempat tinggal anda atau di beberapa tempat yang ratenya lebih murah. Yang aku pernah nampak beza murahnya ada di Mid Valley. Dan pastikan matawang yang anda tukar itu adalah wang terkini negera berkenaan. Sebab ada je kes yang tertukar duit yang dah lama atau tak guna lagi. Akhirnya susah kemudian hari. Kalau ada kes macam ni, mungkin boleh direct pergi ke bank tempatan negara berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

9. Sediakan matawang asal
Ianya berguna jika anda teringin untuk membeli barangan atau makanan di dalam kapal terbang selain dari yang anda telah booking.

10. Susu botol anak
Bagi yang membawa anak kecil yang menyusu botol, boleh sediakan susu siap sebotol ketika nak masuk ke kapal terbang. Cecair selain susu di dalam botol tidak dibenarkan. Jadi kalau nak buat susu ketika di dalam kapal, boleh minta air panas dari attendance kapal dan beli mineral water.

11. Hilangkan tekanan udara anak kecil
Bayi terutamanya tak dapat nak bagitahu yang telinga dia berdengung atau sakit. Jadi untuk elakkan telinga anak-anak dari sakit, bagi susu ketika kapal ingin naik atau turun. Jika taknak menyusu, boleh juga beri puting, makanan atau minuman. Jika anak anda tidur pun elok juga.

12. Stroller
Boleh anda tinggalkan di bawah tangga kapal terbang sebelum naik atau di pintu masuk jambatan ke kapal terbang. Jika takut-takut, boleh tanyakan pada attendance kapal terbang hal berkenaan. Stroller tu boleh lah diambil semula di tempat yang sama selepas landing.

13. Sediakan alamat tempat tinggal ketika bercuti
Ada pegawai imigresen yang akan bertanya berkenaan butiran percutian anda termasuk tempat tinggal. Kalau anda ada dokumenkan maklumat tersebut, bolehlah tunjukkan saja pada pegawai yang berkenaan.


14. Ketahui basic language
Kalau anda bercuti di negara yang rakyatnya tidak fasih berbahasa inggeris, memang susah nak berkomunikasi. Jadi aku sarankan at least anda mengetahui sedikit basic bahasa mereka yang anda akan selalu gunakan. Selain kamus, boleh juga anda siap sedia download software translate language yang bersesuaian dalam smartphone. Jangan marah kalau diorang tak faham juga apa yang kita cakapkan walau dalam bahasa mereka. Sebab slanga kita berbeza.

15. Pick-up transportation
Yang ini jika tempat tinggal anda ada menyediakan pick-up transportation. Beri maklumat yang tepat, flight number, tarikh dan masa kepada pihak berkenaan. Kalau tak mereka tayang note ketika di pintu arrival, mereka ada beri maklumat tempat perjumpaan. Boleh tanya pada staff-staff terminal berkenaan tempat perjumpaan tersebut.

Setakat itu sajalah yang aku dapat ingat. Kalau ada lagi next time aku akan tambah atau post yang lain. Akhir kata, selamat bercuti. Jangan lupa sesekali call orang di Malaysia, kang disangka lupa diri pulak. Adios.

Saturday 18 May 2013

Rindu New Zealand

Kadang-kadang tetiba je rasa rindu nak pegi New Zealand lagi. Pegi Korea hari tu pun tak dapat kalahkan seronoknya ke New Zealand. Oh money, money.. come to me.. boleh aku pergi New Zealand lagi.

Rumah-rumah di Wellington. Tepi laut.
Pergi sana dulu sebab ada adik baru abis study di sana. Alang-alang dah dia di penghujung semester, next time mesti takde orang yang kami leh harapkan kat sana, tu yang pergi at last. Bawak mak jenguk anak kesayangan dia. Time tu tengah musim peralihan dari spring ke summer. Agak lewat sikit sebab entah mimpi apa Wellington di bahagian pulau utara boleh pulak turun salji. Ikutkan di bahagian pulau selatan je yang bersalji time winter.

Kapal Stim. Memang classic feel.
Berdrama di Lavender Farm. Baru kawin ler katakan. Hehehe.
Di tepi tasik di Queentown. Time ni perut mula nampak, tengah bawak budak kecik Zara Sofea.

Dulu pergi naik Air Asia, penuh dengan Malaysian yang nak bercuti di sana. Macam aku juga la tu. Sekejap je pun servis Air Asia ke sana. Sekarang dah takde lagi. Tapi still kalo nak pegi, boleh je naik MAS. Itu kalau kaya la. Kalau miskin macam aku, economic flight milik New Zealand ada je kat Singapore tu, Jetstar. Kitorang dah naik Jetstar sepanjang percutian di New Zealand. Ok je servis dia, selesa. Pramugari-pramugarinya pun.. ehehehe.. no komen. Korang kena naik lah sendiri.

One day, pasti kitorg ke sana lagi. Kali ni dengan anak-anak pulak. Rasa-rasa dalam 10 tahun lagi lah kot. Tunggu anak-anak besar. Takpelah lambat sikit. Sekarang mimpi-mimpi ubat rindu je pun cukup lah.

Sekarang budak kecik dalam perut dah keluar. Kenalkan.. ini Zara Sofea.

Happy Birthday "RumahJulie"

 
Hari ni adalah hari lahir blog ni. Kiranya baru beranak hari ni lah. Masih tak tahu apa-apa lagi pasal berblogging. Dulu pernah juga try-try tapi hangat-hangat tahi ayam je. So kali ni kita tengoklah apa akan jadi. Akan bersawang juga ke atau success. Harapan menggunung tinggi untuk memantapkan blog ni. Harap-harap menjadi.

Time ni dalam kepala tengah planning-planning untuk bercucuk tanam selepas Rumah Julie siap dikemas. Almaklumlah, sekarang tengah kecah serabut sebab baru abis renovation. Minor renovation je pun tapi nama pun habuk simen kan, semua benda nak kena lap bersih semula. Hubby pula tetiba berminat nak buat projek kayu sendiri dan bercucuk tanam. Kita support je la kan. Untungnya pun sapa lagi kalo bukan family sendiri. Hehehe.

Dining Room

Car Porch

Tengoklah bertapa kusutnya Rumah Julie ni time renovation. Serabut kepala dibuatnya. Tak sabar nak bersihkan dan duduk semula.