Saturday, 18 May 2013

Happy Birthday "RumahJulie"

 
Hari ni adalah hari lahir blog ni. Kiranya baru beranak hari ni lah. Masih tak tahu apa-apa lagi pasal berblogging. Dulu pernah juga try-try tapi hangat-hangat tahi ayam je. So kali ni kita tengoklah apa akan jadi. Akan bersawang juga ke atau success. Harapan menggunung tinggi untuk memantapkan blog ni. Harap-harap menjadi.

Time ni dalam kepala tengah planning-planning untuk bercucuk tanam selepas Rumah Julie siap dikemas. Almaklumlah, sekarang tengah kecah serabut sebab baru abis renovation. Minor renovation je pun tapi nama pun habuk simen kan, semua benda nak kena lap bersih semula. Hubby pula tetiba berminat nak buat projek kayu sendiri dan bercucuk tanam. Kita support je la kan. Untungnya pun sapa lagi kalo bukan family sendiri. Hehehe.

Dining Room

Car Porch

Tengoklah bertapa kusutnya Rumah Julie ni time renovation. Serabut kepala dibuatnya. Tak sabar nak bersihkan dan duduk semula.

No comments:

Post a Comment