Saturday 8 February 2014

Syoknya Balik Kampung


Seronoknya bila balik ke kampung kan? Cuti-cuti kalo tak kemana, memang balik ke kampung je la jawabnya. Boleh ronda-ronda pusing naik motor, makan lauk pauk kampung, ikan sungai. Pagi-pagi bangun bawak anak-anak belek pokok-pokok, sambil perhatikan burung-burung dan binatang lain yang ada. Pagi-pagi memang riuh burung menyanyi. Seronok anak-anak kecil yang baru nak kenal itu ini.

Bila petang, mula la angin sepoi-sepoi meniup. Mata pun layan je.. nak tido dibuatnya. Kalau di bawak jalan naik motor, anak yang sulong yang baru berumur 1 tahun setengah tu, mesti akan tidur. Hai lah anak, penangan angin petang ye..

Ishh.. kasi panas dalam je kan. Hahahaha...

Friday 7 February 2014

DIY: Cambah Benih

Sebulan yang sudah ada saya cuba mencambah benih Sawi Hongkong dan Jagung. Benih sawi dibeli di pasaraya dan benih jagung dibeli di Taiping ketika pulang bercuti dulu. Saya memang tak pernah cuba mencambah benih direct di dalam tanah. Ini adalah cara yang saya selalu gunakan. Menggunakan kapas atau tisu lembab sebagai medium.

Kiri: Benih jagung dan sawi, Kanan: Anak serai


Benih telah bercambah dan mengeluarkan tunas

Dalam beberapa hari sahaja biji benih mula mengembang dan bercambah. Akarnya mula keluar dan menyusup ke dalam kapas. Ada juga antara benih yang tidak bercambah. Mungkin benih sudah tak elok. Bila anak-anak pokok ini sudah meninggi, saya alihkan ke bekas semaian untuk membesar sekejap sebelum dialihkan ke bekas yang lebih besar.

 Anak jagung


Anak sawi hongkong

Thursday 6 February 2014

DIY: Bendi

Lady Finger.. bukan my finger yang saya cuba nak ceritakan ni. Tapi, Lady Finger aka Bendi kalau orang melayu kita kata. Bendi yang kami tanam ni jenis Bendi Gajah, bersaiz besar. Asalnya dari anak pokok yang dibeli dari rumah tuan tanamsendiri.com yang tak jauh dari tempat kami ni.

Buah sulong

Excited si suami bila bendi yang dibelai rapi yang awalnya hanya pokok kecil dan kini telah membesar dengan jayanya telah berbuah. Asal keluar rumah je mesti dipanggil untuk tengok bendi ni. Seronok sangat lah katakan. Buah sulong..

Bila dah cukup besar, cepat disuruhnya petik dan masak. Sebiji pun takpelah, campurkan dengan sayur yang lain. Memang sedap, manis dan rangup. Terus saya sarankan untuk buah yang lain dijadikan benih, biar tua dan kering di pokok. Boleh tanam lagi nanti.

Tuesday 4 February 2014

DIY: Pokok Cili

Dulu ada saya bagitahu yang kami nak mula bercucuk tanam. Yup, dah start dan alhamdulillah, dah beberapa kali pungut hasilnya. Setakat ni kami just tanam dalam pasu je memandangkan kawasan rumah teres kami just ada tanah yang terhad je. Tapi okey juga tanam dalam pasu. Dapat jugak hasilnya walau tak sehebat orang lain.



Pokok cili ni asalnya kecik je. Beli di pasar pagi, di Taiping. Tapi daun dia memang lebat macam ni dan berbuah banyak. Bila habis tuai buat kali pertama, pokok cili ni yang semakin merimbun pun berbunga lagi. Tengoklah bunganya.. lebat betul. Buah cilinya kecil-kecil, tapi sangat pedas berbanding cili api biasa yang selalu saya beli di pasar.



Ini pula kali ke 2 pokok cili ni berbunga.Alhamdulillah, banyak betul hasil pokok ni nak beri kepada tuannya.Walau pun macam-macam jangkitan perosak cuba nak merosakkan pokok cili ni, setakat ni masih lagi mampu untuk hidup subur.

Silap kami awal-awal dulu, bila orang kata air basuhan ikan dan beras elok disiram dijadikan baja, kami pun sungguh-sungguh simpan dan siram. Rupa-rupanya kena ada teknik dia. Jangan disiram di atas pokok dan daun, itu namanya mengundang semut untuk hidup di pokok. Itulah masalah utama kami sekarang, sang semut. Dah beberapa kali di hapuskan, tetap membiak semula. Saja suruh kami untuk merajinkan diri belek-belek pokok selalu la ni. Nasiblah pokok cili ini masih bertahan.

Saturday 1 February 2014

My Comeback

Hai, apa khabar? Lama betul saya tak singgah ke blog ni menambah-nambah isi. Dari dulu just pregnant, sekarang baby dah kuar dah pun. Sekarang my little baby dah nak masuk 6 bulan. Dah start pun kami bagi her first solid food. Alhamdulillah, baby tak meragam sangat. So kenalkan, this is my Alya Sofea, our 2nd princess.



Life makin bertambah hiruk pikuk, tunggang langgang sejak dah ada dua kids ni. Tapi semua tu berbaloi sebab kami bertambah happy dengan gelagat anak-anak. Nak marah lama pun tak boleh, they're so damn cute. All family pun rasa benda yang sama kan. Anak-anak itulah harta kita yang sebenarnya.

Jadi sekarang saya nak start balik fokus ke blog ni. Banyak nak dikongsikan dengan anda semua. Tapi sabaq, satu per satu na... K, bye.