Friday 7 February 2014

DIY: Cambah Benih

Sebulan yang sudah ada saya cuba mencambah benih Sawi Hongkong dan Jagung. Benih sawi dibeli di pasaraya dan benih jagung dibeli di Taiping ketika pulang bercuti dulu. Saya memang tak pernah cuba mencambah benih direct di dalam tanah. Ini adalah cara yang saya selalu gunakan. Menggunakan kapas atau tisu lembab sebagai medium.

Kiri: Benih jagung dan sawi, Kanan: Anak serai


Benih telah bercambah dan mengeluarkan tunas

Dalam beberapa hari sahaja biji benih mula mengembang dan bercambah. Akarnya mula keluar dan menyusup ke dalam kapas. Ada juga antara benih yang tidak bercambah. Mungkin benih sudah tak elok. Bila anak-anak pokok ini sudah meninggi, saya alihkan ke bekas semaian untuk membesar sekejap sebelum dialihkan ke bekas yang lebih besar.

 Anak jagung


Anak sawi hongkong

No comments:

Post a Comment