Dulu ada saya bagitahu yang kami nak mula bercucuk tanam. Yup, dah start dan alhamdulillah, dah beberapa kali pungut hasilnya. Setakat ni kami just tanam dalam pasu je memandangkan kawasan rumah teres kami just ada tanah yang terhad je. Tapi okey juga tanam dalam pasu. Dapat jugak hasilnya walau tak sehebat orang lain.
Pokok cili ni asalnya kecik je. Beli di pasar pagi, di Taiping. Tapi daun dia memang lebat macam ni dan berbuah banyak. Bila habis tuai buat kali pertama, pokok cili ni yang semakin merimbun pun berbunga lagi. Tengoklah bunganya.. lebat betul. Buah cilinya kecil-kecil, tapi sangat pedas berbanding cili api biasa yang selalu saya beli di pasar.
Ini pula kali ke 2 pokok cili ni berbunga.Alhamdulillah, banyak betul hasil pokok ni nak beri kepada tuannya.Walau pun macam-macam jangkitan perosak cuba nak merosakkan pokok cili ni, setakat ni masih lagi mampu untuk hidup subur.
Silap kami awal-awal dulu, bila orang kata air basuhan ikan dan beras elok disiram dijadikan baja, kami pun sungguh-sungguh simpan dan siram. Rupa-rupanya kena ada teknik dia. Jangan disiram di atas pokok dan daun, itu namanya mengundang semut untuk hidup di pokok. Itulah masalah utama kami sekarang, sang semut. Dah beberapa kali di hapuskan, tetap membiak semula. Saja suruh kami untuk merajinkan diri belek-belek pokok selalu la ni. Nasiblah pokok cili ini masih bertahan.