Tuesday, 14 April 2015

Cendawan Busut Yang Sedap



Sekarang tengah musim cendawan busut. Lama sangat dah tak jumpa. Famili akak menggila borong cendawan busut kat tepi jalan Muadzam-Kuantan ni. Kebetulan lalu sebab nak hantar adik pulang ke UMP. Tapi sayang, akak tak dapat join. So tak dapat la makan cendawan busut tu. Kempunan....

Masa pregnant anak pertama dulu, pernah juga mengidam nak makan cendawan busut ni tapi tengah takde musim. Terkilan sampai sekarang sebab tak dapat makan ketika mengandung dulu. Dah makan sekarang pun feel dia dah tak sama. Betul tak ibu-ibu?

Apa yang sedapnya cendawan busut ni? Sebenarnya nak kata cendawan busut ni bermusim, takdela dia ikut musim macam musim buah tu. Selalu cendawan busut dikaitkan dengan musim hujan. Tapi bukan sebarang hujan. Hujannya yang banyak petir-petir tu selama beberapa hari. Kalau ada keluar kelkatu, dua tiga hari selepas tu, beramai-ramai lah orang kampung masuk kebun mencari cendawan busut ni.

 Inilah rupa kelkatu. Suka kerumun lampu bila malam selepas hujan.


Cendawan busut ni kalau masih kuncup-kuncup tu la yang paling best. Isi masih mantap. Kalau dah kembang, jarang orang nak ambil sangat sebab ramai 'peminat' dah singgah. Takut nak menyiangnya pula nanti.

Cara membersihkan cendawan ni senang sahaja. Jika yang kuncup tu, siat kulit payung cendawan tu, bersihkan batangnya dan belah dua atau empat. Jika yang kembang tu, pisahkan payung cendawan dari batangnya. Siat kulit payung, bersihkan bawah payung dan belah dua atau empat. Batangnya pula dibersihkan dan dibelah dua. Jangan lupa intai-intai batang cendawan yang dah kembang ni, kalau dah ada ulat, buang sahajalah. Rezeki dia.

Selalunya famili akak akan buat goreng kunyit jika cendawan tu banyak. Kalau sedikit, dibuat sup simple ditambah suun. Sedap dan manis sangat. Haih, terbayang-bayang pula.

Sekarang dah ramai jual cendawan ni bila keluar musimnya. Dah boleh jumpa di pasar-pasar malam. Akak sempat juga borong sepinggan. Cara nak simpan cendawan ni sebelum dimasak, senang sahaja. Letak di ruang beku, sebab kita taknak cendawan tu kembang. Jika ada kumbang dah masuk dalam cendawan ni, di dalam peti beku, kumbang tu pun beku. So selamatlah cendawan kita. Kalau nak simpan, cendawan ni jangan dibasuh dahulu ye. Time nak masak nanti baru basuh supaya tahan lebih lama.


 Rupa cendawan selepas dibersihkan.

Oh ye. Cendawan ni ada juga kembarnya. Jika tak tahu, mungkin tersalah ambil cendawan yang hampir serupa tetapi beracun. Akak tak pernah jumpa cendawan yang beracun tu. So, tak dapatlah nak bagi info. Tapi, insyaAllah kalau yang pakcik-pakcik jual di pasar malam tu, kebiasaannya memang dah kenal dengan sayuran kampung. Jangan risau.

Oklah, kalau ada yang masak cendawan busut tu, ingat-ingatlah kat akak ye. Kalau nak hantar juadah tu pun memang dialu-alukan. Babai...

Monday, 13 April 2015

Jual Brooch Online

Hai Dearies,

Akak ada beberapa jenis brooch untuk dijual. Sudi-sudikan lah jenguk dan kalau berminat, boleh pm akak.

Nak diskaun, boleh.. akak boleh bagi. Tapi janganlah minta diskaun yang melampau ye. Mana yang akak termampu bagi, akak akan bagi. Asalkan akak tak rugi dan stok pun clear.

Boleh pm akak anytime. Akak akan checkkan stok dan inform, ok. Selamat mencuci mata kesayangans..

 BR001-SWAN: RM20 RM15

 BR002-KEKWA: RM25 RM19


 BR003-MERMAID: RM25 RM21


Harga tak termasuk kos pos ye. Kalau nak buat untuk hadiah, bagitau akak. Akak akan balut cantik-cantik untuk uols ok. Salam sayang..

Friday, 10 April 2015

Seronoknya Deco Rumah

Salam kesayangan..

Pernah tak korang berangan-angan nak duduk rumah yang cantik. Pernah kan? Perempuan memang kuat berangannya. Konon nak buat itu lah, nak buat ini lah. Akak pun tak terlepas.

Rumah akak sekarang takde pun deco-deco. Tapi tetap jugakla akak nak berangan. Kot-kot la boleh buat satu hari nanti. Nak kasi renovate rumah sikit, betulkan apa  yang rosak dan gunakan ruang yang ada.

Nak jadikan cerita, punya la kuat berangan akak sampai satu hari tu tak tahan punya pasal, cari tempat nak sketch kan apa yang ada kat kepala ni. Akhirnya, terluah juga.

 Ruang Tamu Utama

Ruang Dapur

 Ruang Mesin Basuh

 Bilik Mandi Ke 4

 Bilik Tidur Tetamu


Gambar-gambar di atas ni adalah di tingkat bawah. Manakala gambar-gambar di bawah ni pula untuk tingkat atas.


 Ruang Tamu Ke 2


Sebab rumah akak selalu terima kunjungan keluarga akak yang besar, tu yang ruang tamu ke 2 akak nak jadikan tempat tidur juga. Teringin betul nak ada sofa bed yang macam atas ni. Bila diperlukan, just tarik jadi tilam, seronok.


 Bilik Tidur Anak Dara

 Bilik Tidur Anak Teruna

 Bilik Tidur Utama

Lakaran akak ni berdasarkan pelan rumah akak. Ada bahagian yang perlu dibuat renovation iaitu di bahagian bilik tetamu, bilik air ke 4 dan dapur sebab dapur sekarang ni agak sempit bagi akak. Mesin basuh dengan bakul sampah terpampang orang boleh nampak dari ruang tamu. Memang rasa tak best betul.

Bilik tetamu pula terpaksa dipisahkan dua untuk buat bilik air. Manakala bilik air sedia ada pula ditukar jadi ruang mendobi. Dinding divider pemisah dapur dan ruang makan akan akak tampal dan lebarkan table top kitchen cabinet. Makanya nanti boleh la dapat ruang kabinet yang banyak. Yeayyyyy


Harap-harapnya, boleh la akak makeover rumah jadi macam ni. InsyaAllah..