Tuesday 14 April 2015

Cendawan Busut Yang Sedap



Sekarang tengah musim cendawan busut. Lama sangat dah tak jumpa. Famili akak menggila borong cendawan busut kat tepi jalan Muadzam-Kuantan ni. Kebetulan lalu sebab nak hantar adik pulang ke UMP. Tapi sayang, akak tak dapat join. So tak dapat la makan cendawan busut tu. Kempunan....

Masa pregnant anak pertama dulu, pernah juga mengidam nak makan cendawan busut ni tapi tengah takde musim. Terkilan sampai sekarang sebab tak dapat makan ketika mengandung dulu. Dah makan sekarang pun feel dia dah tak sama. Betul tak ibu-ibu?

Apa yang sedapnya cendawan busut ni? Sebenarnya nak kata cendawan busut ni bermusim, takdela dia ikut musim macam musim buah tu. Selalu cendawan busut dikaitkan dengan musim hujan. Tapi bukan sebarang hujan. Hujannya yang banyak petir-petir tu selama beberapa hari. Kalau ada keluar kelkatu, dua tiga hari selepas tu, beramai-ramai lah orang kampung masuk kebun mencari cendawan busut ni.

 Inilah rupa kelkatu. Suka kerumun lampu bila malam selepas hujan.


Cendawan busut ni kalau masih kuncup-kuncup tu la yang paling best. Isi masih mantap. Kalau dah kembang, jarang orang nak ambil sangat sebab ramai 'peminat' dah singgah. Takut nak menyiangnya pula nanti.

Cara membersihkan cendawan ni senang sahaja. Jika yang kuncup tu, siat kulit payung cendawan tu, bersihkan batangnya dan belah dua atau empat. Jika yang kembang tu, pisahkan payung cendawan dari batangnya. Siat kulit payung, bersihkan bawah payung dan belah dua atau empat. Batangnya pula dibersihkan dan dibelah dua. Jangan lupa intai-intai batang cendawan yang dah kembang ni, kalau dah ada ulat, buang sahajalah. Rezeki dia.

Selalunya famili akak akan buat goreng kunyit jika cendawan tu banyak. Kalau sedikit, dibuat sup simple ditambah suun. Sedap dan manis sangat. Haih, terbayang-bayang pula.

Sekarang dah ramai jual cendawan ni bila keluar musimnya. Dah boleh jumpa di pasar-pasar malam. Akak sempat juga borong sepinggan. Cara nak simpan cendawan ni sebelum dimasak, senang sahaja. Letak di ruang beku, sebab kita taknak cendawan tu kembang. Jika ada kumbang dah masuk dalam cendawan ni, di dalam peti beku, kumbang tu pun beku. So selamatlah cendawan kita. Kalau nak simpan, cendawan ni jangan dibasuh dahulu ye. Time nak masak nanti baru basuh supaya tahan lebih lama.


 Rupa cendawan selepas dibersihkan.

Oh ye. Cendawan ni ada juga kembarnya. Jika tak tahu, mungkin tersalah ambil cendawan yang hampir serupa tetapi beracun. Akak tak pernah jumpa cendawan yang beracun tu. So, tak dapatlah nak bagi info. Tapi, insyaAllah kalau yang pakcik-pakcik jual di pasar malam tu, kebiasaannya memang dah kenal dengan sayuran kampung. Jangan risau.

Oklah, kalau ada yang masak cendawan busut tu, ingat-ingatlah kat akak ye. Kalau nak hantar juadah tu pun memang dialu-alukan. Babai...

1 comment:

  1. hai. saya maryam jamilah. saya berminat sangat nak tahu pasal cendawan busut ni. saya nak buat sistem untuk kenal pasti cendawan busut yang beracun & yang selamat di makan. saya harap sangat-sangat awak dapat balas komen saya ni atau email saya di maryamjamilah69@gmail.com. or just leave me your email. :)

    ReplyDelete