Pernah tak korang berangan-angan nak duduk rumah yang cantik. Pernah kan? Perempuan memang kuat berangannya. Konon nak buat itu lah, nak buat ini lah. Akak pun tak terlepas.
Rumah akak sekarang takde pun deco-deco. Tapi tetap jugakla akak nak berangan. Kot-kot la boleh buat satu hari nanti. Nak kasi renovate rumah sikit, betulkan apa yang rosak dan gunakan ruang yang ada.
Nak jadikan cerita, punya la kuat berangan akak sampai satu hari tu tak tahan punya pasal, cari tempat nak sketch kan apa yang ada kat kepala ni. Akhirnya, terluah juga.
Ruang Tamu Utama
Ruang Dapur
Ruang Mesin Basuh
Bilik Mandi Ke 4
Bilik Tidur Tetamu
Gambar-gambar di atas ni adalah di tingkat bawah. Manakala gambar-gambar di bawah ni pula untuk tingkat atas.
Ruang Tamu Ke 2
Sebab rumah akak selalu terima kunjungan keluarga akak yang besar, tu yang ruang tamu ke 2 akak nak jadikan tempat tidur juga. Teringin betul nak ada sofa bed yang macam atas ni. Bila diperlukan, just tarik jadi tilam, seronok.
Bilik Tidur Anak Dara
Bilik Tidur Anak Teruna
Bilik Tidur Utama
Lakaran akak ni berdasarkan pelan rumah akak. Ada bahagian yang perlu dibuat renovation iaitu di bahagian bilik tetamu, bilik air ke 4 dan dapur sebab dapur sekarang ni agak sempit bagi akak. Mesin basuh dengan bakul sampah terpampang orang boleh nampak dari ruang tamu. Memang rasa tak best betul.
Bilik tetamu pula terpaksa dipisahkan dua untuk buat bilik air. Manakala bilik air sedia ada pula ditukar jadi ruang mendobi. Dinding divider pemisah dapur dan ruang makan akan akak tampal dan lebarkan table top kitchen cabinet. Makanya nanti boleh la dapat ruang kabinet yang banyak. Yeayyyyy
Harap-harapnya, boleh la akak makeover rumah jadi macam ni. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment