Monday 30 January 2017

Apa khabar?

Lama ditinggalkan blog ni. Baru hari ni akak dapat jenguk semula. Setahun lebih jaraknya dari last post. Anak pun dah masuk 3 orang. InsyaAllah lepas akak jadi suri rumah sepenuh masa nanti, blog ini lah yang akan jadi peneman.

Sekarang nak musuk bulan Februari 2017, baru lepas sambutan Tahun Baru Cina. Masih awal tahun lagi. Tapi apa yang terjadi pada tahun 2015 dan 2016? Blog sudah skip 1 tahun 7 bulan kan? Jadi nak bagi summary sajalah.

Tahun 2015, kalau cerita pasal kerja memang banyak drama sebab pertukaran pengurusan syarikat. Nak dijadikan cerita, ramailah staff department akak yang terpaksa tukar tempat disebabkan berlainan company. Terkontang kantinglah akak dengan 2 orang staff yang masih baru untuk handle semua kerja yang ada sehinggalah Manager baru dilantik pada tahun 2016. Seorang demi seorang staff lama dibawa masuk kembali. Dan sekarang, team kami kembali semula dan akak pun dah tak pening kepala lagi.



Tahun 2016, kami sekeluarga dikurniakan dengan ahli keluarga baru bernama Hana Sofea. Makin meriah dibuatnya, Alhamdulillah. Akak dan suami memang suka dengan keluarga yang besar. Walaupun bila anak ramai ni makin banyak keperluan yang perlu disediakan dan semakin banyak belanja yang perlu digunakan. Tapi, rezeki Allah jangan ditolak. Mereka juga yang akan membantu kita suatu hari nanti. Next baby? Errr... tunggu dulu, kita tahan dulu selama 2-3 tahun. Jaga kesihatan dulu, bagi kuat rahim ni semula.

Ada cuti-cuti ke? Mestilah ada. Kalau tak silap pada May 2016, kami sekeluarga cuti-cuti di Pantai Timur. Hari pertama, kami bermalam di Casa Titik di Cherating, Pahang. Memang selesa duduk di sini. Anak-anak dapat mandi kolam dengan tenang. Dapat mandi dan bermain di pantai. Juga bermain dengan kuda dan haiwan-haiwan lain di belakang Casa Titik ini. Breakfast meal set juga sangat mengenyangkan dan sedap.


Kemudian keesokan harinya kami sambung perjalanan ke Terengganu. Bermalam pula di Grand Continental Hotel, Kuala Terengganu dan melawat-lawat di sekitar Kuala Terengganu. Hari ke-3, kami bermalam di rumah abang akak di Pantai Burok selama 2 hari dan sambung ronda-ronda lagi dan makan-makan lagi. Seronok. Selepas tu kami patah balik ke Kuantan dan bermalam semalam disitu sebelum kembali semula ke rumah.

Pada penghujung 2015 pun ada juga cuti-cuti ringkas di I-City selama 2 hari. Bawak anak-anak tengok lampu warna-warni di situ. Sambil-sambil mak ayahnye ambil peluang merehatkan diri.

Hmmm.. rasanya itu sajalah big event yang terjadi antara tahun 2015 hingga 2016. Sekian.

No comments:

Post a Comment