Friday, 10 February 2017

Taman Balkoni

Rumah akak ada balkoni di tingkat atas, di bilik tidur utama. Luasnya hanya sekangkang kera sahaja. Bersambung dengan balkoni tersebut ialah bahagian atas tempat letak kereta. Ada juga perancangan nak buat tempat istirehat keluarga di situ seperti gambar di bawah. Tapi belum ada ongkosnya untuk renovation.


Jadi, buat sementara waktu ini, akak teringin nak buat taman mini di balkoni tersebut. Bagi sejuk mata sikit. Idea sudah ada. Tunggu masa yang sesuai untuk mulakan projek ni.

Berikut adalah beberapa idea untuk projek taman mini akak. Kena ambil masa buat step by step ni sebab kekangan masa bekerja dan anak-anak yang masih kecil.

Pertamanya, bahagian lantai ditanam rumput. Nak senang kita letak je rumput tiruan. Tapi akak lagi suka kalau dapat tanam rumput mutiara. Kalau nak tanam rumput hidup, lantai perlu dilapik dengan plastik. Kemudian untuk lapisan pertama, ratakan tanah biasa. Lapisan kedua ialah tanah baja berwarna hitam. Lapisan ketiga pula pasir. Dan akhir sekali baru boleh tanam rumput. Tapi kalau cara yang betul seperti di bawah.



Keduanya, tanam pokok menjalar dan berbunga. Bagi melilit pada pagar balkoni tu. Ada beberapa pokok menjalar jadi pilihan. Antaranya morning glory, pokok anggur, baugainvilla atau akar dani.



Kemudiannya, letak pula pasu gantung atau di dinding konkrit seperti di bawah. Dan juga tambahan-tambahan lainnya bagi lebih cantik. Baru seronok bangun pagi sambil mendengar kicauan burung dan melihat pohon-pohon yang menghijau.










No comments:

Post a Comment