Thursday 30 March 2017

Review: Engineers Coffee Bar, Nilai

Coffee lover should try coffee in Engineers Coffee Bar located in Nilai, Negeri Sembilan. Sebab apa? Sebab sedaplah.. haha

Akak peminat kopi kampung. Tapi sesekali dapat rasa brew coffee, syok juga. Baunya yang wangi, hmmm memikat hati. Lokasi coffee bar ni berdekatan dengan Pizza Hut dan Secret Recipe, Nilai. Memang senang nak cari.

Sebenarnya dah lama akak teringin nak try menu kat sini. Tapi asyik tak jadi sebab bila rancang nak pegi je dia tutup. Lagi pun tak pasti ianya halal atau tidak. Menu pun tak tau. Selepas google-google sikit, baru lah tau rupanya coffee bar ni Malay Restoran dan halal. Dan satu hari tu, mendarat juga akak di coffee bar ni.



Akak try Calamari Salted Egg Spagetti dgn Hazelnut Latte. Tak sempat ambil gambar, akak dah habiskan dulu. Sedap punya pasal langsung terlupa. Tapi gambar atas ni Masak Lemak Cili Api Daging Spagetti yang adik akak order. Sedapnya la hai.. Korang memang kena cuba.

Kebetulan hari akak pergi tu adalah hari terakhir harga promo. Jadinya harga semua spagetti tu hanya RM10/each. Kalau ikutkan kekampungan akak ni kira mahal la tu tapi ikut harga bandar, harga tu kira murah berbanding rasanya. Memang berbaloi..


So, jangan lupa try makan kat sini ok. Ingat Engineers Coffee Bar, ingat akak.. ceh.. perasan je kan.



Monday 13 February 2017

Pengalaman Influenza Type A

Minggu lepas anak akak kena warded selepas demam panas yang agak tinggi dan tak kebah-kebah. Hairan juga akak dan husband bila tengok si kakak yang sulong demamnya lain macam. Suhu lebih 40 dan tak turun-turun suhunya walaupun selepas makan ubat. Si kakak pula asyik mengadu yang dia sakit-sakit badan. Makan pun tak lalu dan kerap muntah.

Dan malam tu akak nekad suruh wardedkan si kakak sebab cara biasa akak kawal suhu dah tak lut. Seram pulak tengok suhu panas yang tinggi tu. Selepas beberapa jam, baru berjaya masuk ward. Itu pun last bed. Nasib... So husband akak la yang jaga si kakak malam tu.

Esoknya shift kami bertukar. Pagi tu doktor pun datang selepas result checkup keluar. Si kakak disahkan dijangkiti Influenza Type A. Terus terbayang H1N1, si kakak kena ni ke? Confirmkan dengan doktor, jawabnya ya ada lebih kurang lah. 'Mereka' tu satu group. Gegar jugak jantung terkejut tapi akak tengok doktor rilek je, akak pun rilek la.



Doktor sarankan untuk si kakak diasingkan dan akak atau sesiapa yang datang kena pakai mask. So, petang tu kami pun berpindah ke Isolation Room. Doktor ada bagitau yang penyakit ni akan menyebabkan demam tinggi dan on off. Kejap-kejap dah kebah, tapi nanti naik balik demam tu dan berlarutan turun naik macam tu dalam seminggu lebih. Dan penghujungnya akan cirit-birit.

Dan memang betul macam doktor cakap. Demam si kakak naik balik tapi sekejap je dan akhirnya betul-betul kebah. Doktor pantau lagi selama dua hari dan akhirnya si kakak pun dapat discharge. Just continue ubat beberapa hari dan datang follow up selepas 2 minggu.



Di rumah, dalam dua hari rasanya si kakak kena cirit-birit. Kadang tak sempat ke toilet. Takpe sayang, dah nak baik tu. Dan sekarang, alhamdulillah.. akhirnya si kakak dah sihat macam biasa. Dah tak lagi melepet gigil-gigil tahan sejuk sebab demam tu. Risau hati si ibu bila anak kena macam tu kan..

Friday 10 February 2017

Taman Balkoni

Rumah akak ada balkoni di tingkat atas, di bilik tidur utama. Luasnya hanya sekangkang kera sahaja. Bersambung dengan balkoni tersebut ialah bahagian atas tempat letak kereta. Ada juga perancangan nak buat tempat istirehat keluarga di situ seperti gambar di bawah. Tapi belum ada ongkosnya untuk renovation.


Jadi, buat sementara waktu ini, akak teringin nak buat taman mini di balkoni tersebut. Bagi sejuk mata sikit. Idea sudah ada. Tunggu masa yang sesuai untuk mulakan projek ni.

Berikut adalah beberapa idea untuk projek taman mini akak. Kena ambil masa buat step by step ni sebab kekangan masa bekerja dan anak-anak yang masih kecil.

Pertamanya, bahagian lantai ditanam rumput. Nak senang kita letak je rumput tiruan. Tapi akak lagi suka kalau dapat tanam rumput mutiara. Kalau nak tanam rumput hidup, lantai perlu dilapik dengan plastik. Kemudian untuk lapisan pertama, ratakan tanah biasa. Lapisan kedua ialah tanah baja berwarna hitam. Lapisan ketiga pula pasir. Dan akhir sekali baru boleh tanam rumput. Tapi kalau cara yang betul seperti di bawah.



Keduanya, tanam pokok menjalar dan berbunga. Bagi melilit pada pagar balkoni tu. Ada beberapa pokok menjalar jadi pilihan. Antaranya morning glory, pokok anggur, baugainvilla atau akar dani.



Kemudiannya, letak pula pasu gantung atau di dinding konkrit seperti di bawah. Dan juga tambahan-tambahan lainnya bagi lebih cantik. Baru seronok bangun pagi sambil mendengar kicauan burung dan melihat pohon-pohon yang menghijau.










Friday 3 February 2017

Car Boot Sale

Mesti pernah dengar Car Boot Sale kan? Kalau direct translate ke Bahasa Malaysia, jadinya Jualan Bonet Kereta. Tapi takde lah jual sepenuhnya dalam bonet kereta tu kan. Setting kain gebor sikit-sikit. Susun barang bagi cantik molek orang nak tengok. Ok, dah boleh lah start jual. Macam tu lah lebih kurangnya.



Trend jualan ni dah lama dipraktikkan di negara barat. Tapi sejak dua menjak ni, trend ni tumbuh bagai cendawan di Malaysia. Pada akak bagus Car Boot Sale ni sebab kita banyak menjual kembali barang-barang yang kita dah tak perlukan. Murah pulak tu sebab barang-barang terpakai. Apa yang kita tak perlukan lagi mungkin diperlukan oleh orang lain. Pembeli pun boleh jimat duit dari beli barang baru pada harga yang mahal.

Setakat ni akak dah pergi beberapa Car Boot Sale di sekitar Nilai dan Seremban. Memang menarik dan ada sahaja barang yang dapat kita beli. Contohnya, akak pernah beli shawl cotton RM2 yang masih cantik kondisinya. Pernah juga beli beberapa pasang baju kanak-kanak pada harga RM2 atau RM3 sepasang, alat mainan RM1 dan juga skooter mainan anak-anak yang masih elok kukuh besinya dengan hanya RM50 untuk 2 skooter.

Akak juga berjaya menghasut adik akak untuk berminat dengan Car Boot Sale yang akhirnya dia pun dah terjebak membeli tea set yang dia idam lama dah, tapi tak mampu beli dulu sebab mahal sangat. Ya, di Car Boot Sale mungkin anda akan jumpa barang-barang yang sangat berkualiti dengan harga yang sangat murah.

Husband akak seorang pengumpul tin-tin yang cantik atau limited edition, juga cawan-cawan promosi. Dia cukup suka pergi window shopping di Car Boot Sale untuk cari barang-barang tersebut. Anak-anak pun pandai minta nak pergi ke Car Boot Sale sebab mereka boleh pilih mainan berharga RM1.

Jadi, marilah kita ke Car Boot Sale. Di kawasan akak, malam ni dan esok ada di Taman Enstek, Ahad pula di Bukit Mahkota. Jom..


Wednesday 1 February 2017

Minat, Hobi, Kerjaya

Setiap orang mesti ada sesuatu yang diminati atau hobi. Tapi tak semua yang dapat menjadikan hal yang diminati atau hobi itu sebagai satu kerjaya. Sama juga seperti akak. Teringin juga nak tukar hobi atau minat kepada kerjaya. Tapi, itu semua perlukan kekuatan dan keberanian pada yang dah lama berada dalam situasi yang selesa.

Akak pernah terbaca satu petikan kata-kata motivasi yang akak pun tak ingat dari mana. Kata-kata ni yang selalu akak teringat bila akak rasa takut, rasa bersalah atau rasa rendah diri. Lebih kurang macam ni..

"you just have to take the first step to change"

Walaupun takut, kita kena juga berani untuk mencapai apa yang kita inginkan. Macam slogan Nike.. "Just Do It". Terus buat je untuk perubahan. Sebab, kadang kala kita punya rancang punya rancang, tapi rupanya 10 tahun, 20 tahun sudah pun berlalu. Sayang kan?

Dan disebabkan tu jugaklah akak bercadang untuk menamatkan kerjaya akak yang sekarang ni menjelang penghujung tahun 2017. Kiranya ini tahun last untuk akak jadi working mom lah.



Actually dah beberapa tahun husband request cuma akak saja yang masih tak mampu lepaskan apa yang akak ada. Ye lah, mak ayah kita susah payah sekolah kan kita hingga ke menara gading supaya kerja elok-elok, last-last nak duduk kat dapur je pulak kan. Lagi pulak dah terbiasa punya duit gaji sendiri. Apa yang teringin, beli je tanpa mengharapkan orang lain. Dan jugak fikir untuk bantu keluarga mana-mana yang terkurang.

Tapi sejak husband tukar kerja dan Alhamdulillah di tempat kerja baru, rezeki agak murah. Akhirnya, selepas bersalin tahun lepas, akak nekad untuk berhenti kerja dan tumpukan pada keluarga. Akak tak sanggup nak biarkan anak-anak kurang jagaan ketika membesar. Akak dan husband kalau boleh nak bagi mereka membesar macam kita membesar dulu-dulu. Ada ibu di rumah, makan masakan di rumah, aktiviti sekolah parents dapat hadir, etc.

Walau dah jadi full time house wife, ibu-ibu masih boleh menjana pendapatan. Cara yang paling senang adalah meniaga sama ada online atau offline. Masa ni lah kita boleh terapkan apa yang kita minat atau hobi kepada sesuatu yang boleh menjana pendapatan. Contohnya, menjahit, memasak, melukis, kraf, servis, dan sebagainya.

Akak pun dah kena start planning untuk buat apa bila dah jadi full time house wife nanti. Disebabkan akak minat meniaga, menjahit, kraf dan menanam pokok, mungkin juga boleh cuba untuk meniaga ready made hasil jahitan dan menjual anak benih. Wish me luck dan semoga apa yang diimpikan jadi kenyataan.


Tuesday 31 January 2017

Pertama Kali Anak Kecil Bersekolah



Anak sulung akak akhirnya dah mula bersekolah pra. Masa hari pertama persekolahan, husband akak sahaja yang menguruskan persekolahan tu manakala akak menguruskan yang lagi 2 orang anak ke rumah pengasuh mereka.

Sebab anak first, sindrom mak-mak mula lah datang. Hati tak tenang sahaja bila teringat si kakak dah mula bersekolah. Boleh ke dia bergaul dengan pelajar lain, mengikut arahan cikgu-cikgu dan yang paling penting, boleh ke dia bagitahu cikgu-cikgu jika nak sesuatu. Ni penting, takut-takut pulak terkucil dalam seluar pulak kan sebab tak tahu nak bertanya.

Tapi Alhamdulillah rupanya si kakak sangat bagus. Tak menangis dan tak segan dengan cikgu-cikgu. Lega hati... Memang sebelum ni ada jugak hantar dia ke sekolah sepupu dia ketika akak berpantang di kampung dulu. Mungkin dia dah terbiasa dengan persekitaran baru tu.

Sekarang dah sebulan lebih si kakak bersekolah. Mula-mula dulu setiap selepas sekolah je mesti nampak letih sangat sampaikan tertidur di dalam kereta. Padahal jarak rumah dengan sekolah dekat je. Tapi sekarang, si kakak dah nampak riang. Nama kawan-kawan pun semua dia ingat. Dah mula seronok agaknya.

Tahun depan, anak ke-2 pulak masuk sekolah. Yang ini sangatlah manja. Tak pernah tinggal jauh dengan akak. Macamanalah agaknya nanti..

Monday 30 January 2017

Apa khabar?

Lama ditinggalkan blog ni. Baru hari ni akak dapat jenguk semula. Setahun lebih jaraknya dari last post. Anak pun dah masuk 3 orang. InsyaAllah lepas akak jadi suri rumah sepenuh masa nanti, blog ini lah yang akan jadi peneman.

Sekarang nak musuk bulan Februari 2017, baru lepas sambutan Tahun Baru Cina. Masih awal tahun lagi. Tapi apa yang terjadi pada tahun 2015 dan 2016? Blog sudah skip 1 tahun 7 bulan kan? Jadi nak bagi summary sajalah.

Tahun 2015, kalau cerita pasal kerja memang banyak drama sebab pertukaran pengurusan syarikat. Nak dijadikan cerita, ramailah staff department akak yang terpaksa tukar tempat disebabkan berlainan company. Terkontang kantinglah akak dengan 2 orang staff yang masih baru untuk handle semua kerja yang ada sehinggalah Manager baru dilantik pada tahun 2016. Seorang demi seorang staff lama dibawa masuk kembali. Dan sekarang, team kami kembali semula dan akak pun dah tak pening kepala lagi.



Tahun 2016, kami sekeluarga dikurniakan dengan ahli keluarga baru bernama Hana Sofea. Makin meriah dibuatnya, Alhamdulillah. Akak dan suami memang suka dengan keluarga yang besar. Walaupun bila anak ramai ni makin banyak keperluan yang perlu disediakan dan semakin banyak belanja yang perlu digunakan. Tapi, rezeki Allah jangan ditolak. Mereka juga yang akan membantu kita suatu hari nanti. Next baby? Errr... tunggu dulu, kita tahan dulu selama 2-3 tahun. Jaga kesihatan dulu, bagi kuat rahim ni semula.

Ada cuti-cuti ke? Mestilah ada. Kalau tak silap pada May 2016, kami sekeluarga cuti-cuti di Pantai Timur. Hari pertama, kami bermalam di Casa Titik di Cherating, Pahang. Memang selesa duduk di sini. Anak-anak dapat mandi kolam dengan tenang. Dapat mandi dan bermain di pantai. Juga bermain dengan kuda dan haiwan-haiwan lain di belakang Casa Titik ini. Breakfast meal set juga sangat mengenyangkan dan sedap.


Kemudian keesokan harinya kami sambung perjalanan ke Terengganu. Bermalam pula di Grand Continental Hotel, Kuala Terengganu dan melawat-lawat di sekitar Kuala Terengganu. Hari ke-3, kami bermalam di rumah abang akak di Pantai Burok selama 2 hari dan sambung ronda-ronda lagi dan makan-makan lagi. Seronok. Selepas tu kami patah balik ke Kuantan dan bermalam semalam disitu sebelum kembali semula ke rumah.

Pada penghujung 2015 pun ada juga cuti-cuti ringkas di I-City selama 2 hari. Bawak anak-anak tengok lampu warna-warni di situ. Sambil-sambil mak ayahnye ambil peluang merehatkan diri.

Hmmm.. rasanya itu sajalah big event yang terjadi antara tahun 2015 hingga 2016. Sekian.